Diskusi Ilmiah oleh Imam Muda Asyraf

2011-03-25 02:09

Oleh: Hamizah Che Rahim

 

    NILAI: Hampir  400 orang pelajar mengikuti diskusi ilmiah yang dianjurkan oleh biro pembangunan sahsiah & kerohanian MPP dan mahasiswa fiqh fatwa tahun 2 dengan menjemput ahli panel dari USIM sendiri serta tetamu istimewa pemenang imam muda ASTRO bagi mengupas isu “dimana batasan kita”  di DKP3 bermula pada pukul 8:30 malam pada 24 Mac lalu.

Kehadiran pelajar yang berpusu-pusu masuk ke DKP3 sehingga tidak cukup tempat menjadikan diskusi ilmiah itu bertambah meriah kerana ahli panel yang dijemput untuk mengupas isu berkenaan ialah imam muda Asyraf serta Dr.yasmin, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU),.

Isu-isu yang disentuh dalam diskusi tersebut telah mendapat banyak tindak balas dari pelajar untuk mendapat nasihat serta pendapat dari ahli panel, ini kerana ia adalah isu utama yang menjadi masalah kepada remaja zaman sekarang.contohnya isu berkaitan pemakaian tudung dan pakaian yang tidak menikuti syarak.

“kebanyakan remaja memakai tudung tetapi tidak menepati syarak, mereka hanya menutup sebahagian sahaja dan  memakai pakaian yang boleh menarik perhatian.”  Kata Dr.Yasmin semasa menjawab persoalan berkaitan isu pemakaian remaja atau wanita zaman sekarang.

Menurut imam muda Asyraf ramai dikalangan masyarakat tidak tahu cara menutup aurat dengan betul kerana tidak didedahkan oleh pihak-pihak tertentu.

“berdasarkan pengalaman saya semasa dalam program salah satu stesen television tersebut yang mana tidak membenarkan memberi ceramah berkaitan hukum , seperti mana kite semua tahu television adalah medium yang dapat mempengaruhi masyarakat tetapi tidak membenarkan untuk kebaikan.” Kata imam muda Asyraf.

Menurut Huda Hassan, FPBU, tahun 3, beliau tertarik dengan tajuk forum dan menyebarkan dalam laman sosial facebook supaya pelajar lain tidak ketinggalan mengikuti diskusi ilmiah tersebut, ternyata diskusi ilmiah tersebut sangat menarik dan menghiburkan selain memberi mamfaat serta pengetahuan terhadap masalah yang timbul. Katanya selepas mengikuti forum tersebut yang berakhir pada pukul 11:00 malam.