Tilawah Al-Quran Mencungkil Bakat Mahasiswa

10/03/2011 01:35

Oleh: Siti Hawa Ithnin

Nilai- Norazah Binti Abdul Hamid daripada pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Tahun 3 telah memenangi pertandungan tilawah Al-Quran yang membawa taranum bayati bersempena Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam pada 9 Februari 2011 yang  lalu.

Seramai lima orang yang terdiri daripada fakulti Usim mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana 3 orang adalah daripada mahasiswi dan dua orang lagi daripada mahasiswa Usim. Hakim yang dilantik dalam pertandingan ini ialah Ustaz Anuar Hasin yang mana beliau banyak pengalaman dalam bidang taranum.

Menurut Fatimatul Zaharah Binti Shamsudin, Timbalan Pengarah Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam berkata, objektif program ini di adakan adalah untuk menarik minat pelajar untuk memahirkan lagi dalam mengalunankan taranum bacaan Al-Quran seperti bayati,hijaz dan sebagainya.

Selain itu juga, program ini dalah untuk mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri mahasiswa itu sendiri untuk memonjolkan segala pengetahuan peserta dalam penghayatan dalam mengalunkan bacaan Al-Quran mengikut taranum yang diterapkan didalam islam.

Menurut Norazah Binti Abdul Hamid, pemenang pertandingan tilawah berkata “Saya amat bersyukur kepada Allah diatas rezeki yang diberikan kepada saya. Sebenarnya saya tidak sangka akan nenabg walaupun banyak kekurangan diri saya dalam pengetahuan mengenai jenis-jenis taranum dalm mengalunkan bacaan Al-Quran.

Selain itu juga program ini sangat baik kerana daripada sini kita juga boleh berdakwah untuk menarik minat orang bukan islam untuk masuk dalam agama islam,,khususya di luar Usim.

Ganjaran yang diberikan oleh pemenang ialah tiket masuk konsert mestika, sijil penyertaan ,plage dan jam dinding. Pemenang pertama akan diberikan tiket untuk menonton akademi al-quran secara langsung.