Mahasiswa perlu Ilmu pengendalian program

22/03/2011 06:03

 Oleh:Rabiaah Ishak

Usim- Ilmu  pengetahuan  yang mendalam terhadap pengendalian dan pengurusan  memudahkan lagi  pelajar Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengadakan program .

Menurut pembentang , Daeng Mohd  Fadzil, “ pengurusan dan pengendalian Sesuatu program memerlukan pemahaman serta pengetahuan mendalam bagi menjamin kelancaran serta kejayaan program agar kita sama-sama dapat menjamin kualiti program di dalam serta luar kampus”.

“ bukanlah mudah untuk mengendalikan Sesutu program dengan lancar kerana ia memerlukan perhatian yang teliti serta kemahiran pelajar  yang mentadbir”.

“prosedur yang diperlukan bagi  menjalankan sesuatu program  sememangnya rumit, oleh itu pelajar perlu mengikut garis panduan perlaksanaan aktiviti pelajar yang disediakan bagi memastikan kertas kerja diterima oleh pihak atasan”

Nur syahdah bt Mohd Zain, FKP, tahun 2 berpendapat bahawa pendedahan tentang pengurusan perlu untuk meningkatkan kemahiran pelajar USIM  dalam mengendalikan sesuatu program.

Manakala menurut  Rafidah Abd Wahab,FKP tahun 3, “ kita perlu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran untuk mengendalikan program untuk menggalakkan pelajar bergiat lebih aktif dengan mengadakan program-program yang bermanfaat kepada pelajar baik di dalam atau luar kampus.