Pendekatan Dakwah Seiring Peredaran Zaman

10/03/2011 10:57

 

Siti Hawa Binti Ithnin, Murni Binti Md. Nor

Usim-Sabda rasulullah S.A.W Pendekatan dakwah setiap 100 tahun sentiasa berubah seiring dengan peredaran zaman, kata Ustaz Zulkainan Hamzah yang merupakan pengacara program realiti TV Imam Muda Astro Oasis menyampaikan bicara santai di Dataran Kemudahan Pelajar(PKP) pada Rabu yang lalu.

Tambahnya lagi,  “ Sebagai sorang pendakwah,seharusnya bijaksana dalam menyebarkan dakwah Islam dalam pelbagai situasi dan tempat”.

Penyebaran dakwah pada era 90-an, lahirnya pendakwah seperti Akhil Hay yang mana beliau pandai menarik minat kalangam remaja melalui cara menyampaikan ceramah yang diselangi dengan lagu-lagu nasyid dan kepelbagaian.

Ustaz Zulkainan memberi nasihat kepada para pelajar sebelum mengakhiri ceramahnya tentang lima perkara yang tidak mematikan hati-hati orang Islam. Antaranya ialah jangan meninggalkan semasa majlis ilmu yang berkaitan dengan agama. Selain itu juga, sebagai seorang Islam, digalakan supaya bangun pada waktu malam untuk beribadat kepada allah serta membaca al-Quran secara istiqamah.

Katanya lagi, kita perlu sentiasa meningati allah setiap masa walaupun berada di mana-mana dan seterusnya menjaga pemakanan dari segi halal dan haram.

Bicara santai ini bertajuk  ‘ Insan Pilihan Allah Mendiami Syurga Allah’ yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Quran Sunnah(FPQS) bersempena minggu kesenian dan kebudayaan Islam bagi fakulti tersebut. Ia berlangsung pada 7 hingga 12 Mac 2011.

Menurut pengarah program, Ahmad Naim Mohd Isa,24,tahun 3 FPQS, berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mertabatkan kesenian Islam dan memberikan pendedahan dakwah untuk mengangkat golongan yang beragama kerana terdapat cabaran yang besar untuk dihadapi diluar.

Menurut salah seorang lagi, Fatimah Zahra Samsudin,tahun 3 FPQS berkata hiburan pada masa kini menggunakan publisiti untuk berdakwah bersesuaian dengan situasi dan keadaan mengikut peredaran zaman dan program ini berunsurkan motivasi kepada pelajar.

Antara acara lain yang dipertandingkan dalam minggu kesenian dan kebudayaan Islam ialah nasyid, hafazan, tilawah ,Video Islamik Short dan Islamik Kartun Komik serta persembahan daripada kumpulan nasyid Mestika dan Assaufee.