Kes kecurian di KKSI

09/03/2011 06:07

By: Murni Md. Nor

NILAI- Takut dan trauma. Itulah perasaan yang dialami pelajar Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) selepas peristiwa seorang lelaki menyelinap masuk ke kawasan kolej kediaman baru- baru ini.

            Lelaki tersebut dipercayai memanjat bumbung surau kolej kediaman dan menyelinap masuk ke bangunan blok C. Lelaki itu kemudiannya cuba memanjat bahagian ampaian rumah di tingkat 2 untuk masuk ke dalam rumah dan mencuri laptop dan wang tunai milik pelajar.

            Lelaki itu juga dikatakan cuba untuk masuk ke dalam rumah pelajar lain untuk mencuri barang berharga milik pelajar. Namun, percubaan untuk mencuri gagal apabila kelibatnya disedari pelajar yang kemudiannya menjerit meminta tolong.

            Felo KKSI, Ashwaq binti Kenali, berkata “Pada jam 5 pagi, Saya dan suami dikejutkan dengan jeritan pelajar  yang meminta tolong. Saya dan suami bergegas keluar untuk menyiasat dan terlihat kelibat  seorang lelaki cuba melarikan diri selepas terjun dari ampaian di tingkat 2.”

                 Lelaki terbabit segera melarikan diri apabila terpandang saya dan suami. Tanpa berlengah, kami terus mengejar pencuri tersebut. Malangnya ketika kami ingin mengejar dan menangkap pencuri itu, dia berjaya meloloskan diri dengan barang yang dicuri dengan sekelip mata, katanya lagi.

            Berikutan kejadian kecurian yang berlaku di KKSI, para pelajar diberi peringatan untuk mengambil langkah berjaga- jaga seperti mengunci pintu rumah, bilik dan tingkap semasa tidur dan keika menghadiri kuliah.

            Para pengawal keselamatan KKSI juga ditugaskan untuk memantau dan melakukan dari masa ke semasa dengan kerap terutamanya di setiap tingkat bangunan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.