Murtad VS Muallaf di Malaysia

16/03/2011 01:03

 

USIM – Jabatan agama Islam dan NGO di setiap negeri perlu bersikap lebih tegas dalam menangani isu murtad yang semakin berleluasa dewasa ini bagi memastikan kesucian agama Islam terpelihara.

Menurut Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan b. Abdullah JR “ kelonggaran daripada aspek penguatkuasaan dikhuatiri menyebabkan kemunculan individu-individu yang secara terang-terangan mengaku murtad.”

 

 Jelasnya, keadaan itu memperlihatkan agama Islam tidak diberi pembelaan yang sewajarnya sehingga begitu mudah diperlekehkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Di Malaysia kita tidak pernah menjalankan undang-undang Islam yang sebenarnya kepada mereka yang murtad. "Kebanyakan mereka terlepas begitu sahaja dan ini menunjukkan kelemahan penguatkuasaan perundangan Islam di negara ini," katanya ketika menyampaikan ceamahnya disini hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai ketidak prihatinan umat islam itu sendiri terhadap muallaf yang baru memeluk islam mengenai kebajikan mereka terabai, ini  telah memberi peluang terhadap paderi-paderi kristian bagi  menghasut mereka kembali kepada agama asal mereka.

 

“Apabila hal sebegini timbul ini akan memberikan kerugian besar dalam arena dakwah umat islam bagi menarik golongan bukan islam untuk lebih mengenali Islam” ujarnya lagi.

Program bedah buku ilmiah siri 2 ini mengupas mengenai tajuk buku penceramh jemputan ini iaitu  “Hijrah Iman” bertempat di DKP 3 merupakan anjuran bersama Jaksa Kolej Kediaman Desa Jati dan pelajar Fiqh Fatwa tahun tiga.