SLC prihatin isu Kebangkitansiswa dan revolusi Mesir

17/02/2011 20:00

By: Rabiaah Ishak & Azifah Awang

elregiefa@yahoo.com.my

 

USIM - Isu kebangkitan siswa dan revolusi Mesir mendapat perhatian Kelab Syariah undang-undang atau dengan kata lain Syariah Law club (SLC) apabila satu perhimpunan terbuka diadakan di ruang legar fakulti syariah  undang-undang bagi memprotes kekejaman pemerintahan Hosni Mubarak keatas rakyat mesir, khamis lalu.

“kekejaman Husni Mubarak terhadap rakyat mesir sejak beberapa tahun lalu telah mencetuskan satu revolusi secara besar-besaran apabila siswa berani tampil untuk menjatuhkan kedudukan presiden mereka sendiri. Isu ini haruslah diberi lebih perhatian kerana ia adalah berkaitan sensetiviti umat islam dan memberi pengajaran terhadap rakyat Malaysia terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi”.ujar Ahmad Syihan bin ismail dalam ucapan beliau.

Tambah beliau lagi “sebagai mahasiswa, peristiwa kebangkitan mahasiswa perlu diambil iktibar dan mahasiswa memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memajukan sesebuah Negara”.

Menurut Huda, “ selaku mahasiswa  USIM,kita seharusnya menyokong kebangkitan siswa dalam menentang pemerintahan  hosni mubarak ekoran banyak jiwa yang terkorban dan peristiwa ini akan menjadi sejarah kepada umat Islam seluruhnya.

Manakala bagi Timbalan Presiden 1,Nurul Hanis Nadiah Ngaliman , “tujuan program seperti ini diadakan adalah untuk meningkatkan keprihatinan mahasiswa terhadap umat Islam sedunia kerana hal ini berkaitan dengan iman”.

            Majlis yang berlangsung selama 20 minit itu turut dihadiri oleh ahli-ahli tertinggi SLC serta pelajar Fakulti Syariah Undang-undang.